Thursday, February 24, 2011

Assalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." Al-Ashr,1-3.

Darul Yaqeen Solutions adalah penerbit dan pengedar  produk pendidikan dan keperluan umat Islam seperti CD/MP3/VCD/DVD Bacaan Al-Quran, Al-Quran, kitab, buku, poster dan lain-lain. InsyaAllah kami menyediakan produk-produk berkualiti dan cuba memberi kepuasan kepada anda. Anda boleh mendapatkan produk kami di kedai-kedai buku terpilih, cawangan pasaraya Mydin terpilih atau membuat pesanan terus dari kami. Anda boleh memilih produk kami dari blog ini, membuat pesanan melalui SMS atau e-mail, bayaran melalui bank dan produk akan dihantar melalui POS Malaysia atau KTM Distribution ke lokasi anda.


Antara produk yang diedarkan :
  • CD Audio bacaan Al-Quran Jus Amma atau surah pilihan oleh qari-qari terpilih dari Timur Tengah seperti Syeikh Sudaisi, Ghamidi, Matrud, Muhammad Jibril, Khusairi, Masyari, Abd Bassit, Saud As-Shurim, Ali Al-Ajmi, Wadud Hunif, Siddiq Minsawi, Abdul Hadi, Mahir Mu'ayqali, Muhammad Taha Bajunaid, Ahamad Saud dan lain-lain.
                   
  •  MP3 bacaan Al-Quran 30juz  oleh qari-qari terpilih dari Timur Tengah seperti Syeikh Sudaisi, Ghamidi, Matrud, Muhammad Jibril, Khusairi, Masyari, Abd Bassit, Saud As-Shurim, Ali Al-Ajmi, Wadud Hunif, Siddiq Minsawi, Abdul Hadi, Mahir Mu'ayqali dan lain-lain.
                         
  • VCD dan  Muqaddam Rasm Usmani Mushaf Tajwid berserta Terjemahan. Memudahkan anda mengenal dan mempelajari bacaan Al-Quran dengan Tajwid yang betul. Dimulai dengan memperkenal tanda-tanda bacaan, huruf hijaiyah dan hukum tajwid yang asas. Juz Amma bertajwid dalam naskah muqaddam ini telah disusun oleh para ulama dan ahli qiraat(pakar bacaan). Di dalamnya dinyatakan hukum-hukum tajwid melalui huruf-huruf dan tanda bacaan berwarna untuk kemudahan pembaca terutama yang kurang mahir ilmu tajwid.

Contoh :-


  •  VCD Praktikal Solat berserta miniposter percuma wuduk dan solat. Ins
  • yaAllah VCD ini dapat menarik perhatian kanak-kanak dan memudahkan anda mengajar anak-anak cara bersolat yang sempurna.


Contoh :-



  •  VCD Mempelajari Huruf Al-Quran. Kanak-kanak seronok belajar mengenal huruf hijaiyah dengan animasi dan grafik menarik. Mudah dan menarik dengan selingan lagu-lagu nasyid dan latihan interaktif.
  •  



Contoh :-



  • DVD Panduan Solat 3D. Video belajar solat paling lengkap, mudah dan menarik. Video 3 Dimensi selama 60 minit dimulai dengan penerangan tentang pengertian solat, sejarah solat, praktikal wuduk, azan & iqamah, praktikal solat 2/3/4 rakaat, solat berjemaah, perkara-perkara membatalkan solat, solat ketika sakit, mandi wajib dan doa selepas solat.

        

Contoh :-

                         


  • DVD Panduan Lengkap Umrah 3D. Dwi bahasa - Melayu & English. DVD 3 Dimensi menberi panduan mengerjakan umrah dan makluamat berkaitan serta sejarah perkembangan Islam. Mengandungi 5 bahagian. Bab 1: Penerbangan ke Jeddah. Bab 2: Ziarah di Madianah. Bab 3: Keberangkatan ke Makkah. Bab 4: Ziarah di Makkah dan Bab 5: Tawaf Wida.
        

Contoh:-


  • VCD Adab dan Doa Anak Soleh beserta kad doa mudah hafal & pamer. Mendidik kanak-kanak berakhlak mulia dan mengingati Allah setiap masa. Mudah dan menyeronokkan. Selingan nasyid-nasyid yang mudah dihafal.

Contoh :-




  • VCD animasi Sindband. Kartun berunsur pendidikan dalam bahasa Arab dengan sarikata Bahasa Melayu. Sindbad seorang kanak-kanak yang tinggal di kota Bagdad suatu ketika dahulu, jujur dan berakhlak mulia. Sifat berani dan sabar patut menjadi contoh tiap kanak-kanak. Sindbab menenpuh pelbagai cabaran dalam pengembaraannya yang sangat menarik.
                             

Contoh :-